Saturday, April 19, 2014

Karipap sardin

Salam ualls!!!
Lama dah terbiar blog ni.. Busy sikit sejak dua menjak ni (alasan..sebenarnya MALAS nak.update hehe)
Sebebarnya dah lama my hubby request nak makan karipap sardin (macam dia yang pregnent) hehe so baru la berkesempatan nak buat di hujung minggu ni. Apa lagi...lipat lengan baju siap untuk menguli lah.

Untuk Pastri :
1) 400gram tepung gandum
2) 1/3 cawan minyak
3) 3 sudu besar marjerin
4) 1/2 cawan air sejuk ( kalau tak cukup letak lagi )
5) 3 sudu besar tepung beras
6) 2 sudu besar tepung kanji kentang ( yang ni kalau takde pun takpe)
7) garam secukup rasa

Untuk Inti Keledek :
1) 5 biji kentang
2) 1 tin sardin saiz kecil
3) 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
4) 3 sudu besar cili kisar
5) 1 ulas bawang putih ( dicincang halus )
6) garam & gula secukup rasa

Cara-caranya :
Kita buat Doh Pastri dulu ye
1. Di dalam bekas adunan, gaulkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kanji kentang, ketepikan, kemudian campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, nanti akan jadi macam berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap. (kalau nak permukaaan doh cepat licin, setelah menjadi doh boleh masukkan dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit lepas tu baru simpan dalam peti ais)

Buat Inti Karipap :
1) Potong dadu kentang dan rendam dalam air.
2) Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan bawang putih hingga agak garing. Kemudian masukkan kuah dan isi sardin, hancurkan dan kacau sebati.
3) Kemudian masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk,  setelah kentang empuk baru masukkan hirisan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah bawang agak layu  dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1) Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bebola kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti kentang sardin tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh (i guna acuan je..xreti mengelim hehe)
2) Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
Untuk karipap yang ingin di sejukbekukan.
- Goreng karipap separuh masak ataupun hanya beberapa minit, untk matikan minyaknya dan sejukkan baru di masukkan di dalam plastic ziplock, simpan di dalam sejuk beku, apabila ingin digoreng, keluarkan karipap beberapa minit pada suhu bilik dan goreng seperti biasa.

Thursday, April 17, 2014

Ayam Paprik

Hi ualls

Nak ngadu ni... I dapat cuti sakit 2 hari (semalam & hari ni) sebabnya..sakit urat! Huhu dah macam orang tua je sakitnya..mungkin tersilap tidur kot..memula tu urat belikat je yang sakit,menjelang petang dah merebak sampai ke dada..sakitnya Allah ye yang tau. Nak gerak sikit pun dah sakit. Hari ni dah makan ubat Alhamdulillah lega la sikit sakitnya..but still sakit lagi la kan..
Dalam sakit2 ni boleh lagi la masak..ye la..larat ke asik makan kat luar je. So tekak dan perut teringin nak makan ayam paprik thai.. Ke dapur lah kita...

Bahan-bahannya:
1) 4 ketul ayam - dihiris kecil
2) 2 ulas bawang putih - dicincang halus
3) 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
4) 1 biji cili merah - dihiris serong
5) 11 biji cili api - dipecah-pecahkan (ikut citarasa kepedasan masing2)
6) 2 helai daun limau purut - disiat-siat
7) bunga kobis - dihiris kecil
8) 2 biji putik jagung - dihiris serong
9) 1/2 biji karot - dihiris serong
10) 2 biji kacang panjang - dipotong 11) 1 inci2 sudu makan cili kering kisar
12) 2 sudu makan sos cili
13) 2 sudu makan sos tomato
14) 1 sudu makan sos tiram
15) garam secukup rasa
16) 1 cawan air

Cara-caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2) Tumis bawang putih hingga wangi.
3) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
5) Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam tu masak.
6) kemudian masukkan air. Masak hingga mendidih.Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
7) Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk.
Dah masak tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat menjamu selera!!