Saturday, April 19, 2014

Karipap sardin

Salam ualls!!!
Lama dah terbiar blog ni.. Busy sikit sejak dua menjak ni (alasan..sebenarnya MALAS nak.update hehe)
Sebebarnya dah lama my hubby request nak makan karipap sardin (macam dia yang pregnent) hehe so baru la berkesempatan nak buat di hujung minggu ni. Apa lagi...lipat lengan baju siap untuk menguli lah.

Untuk Pastri :
1) 400gram tepung gandum
2) 1/3 cawan minyak
3) 3 sudu besar marjerin
4) 1/2 cawan air sejuk ( kalau tak cukup letak lagi )
5) 3 sudu besar tepung beras
6) 2 sudu besar tepung kanji kentang ( yang ni kalau takde pun takpe)
7) garam secukup rasa

Untuk Inti Keledek :
1) 5 biji kentang
2) 1 tin sardin saiz kecil
3) 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
4) 3 sudu besar cili kisar
5) 1 ulas bawang putih ( dicincang halus )
6) garam & gula secukup rasa

Cara-caranya :
Kita buat Doh Pastri dulu ye
1. Di dalam bekas adunan, gaulkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kanji kentang, ketepikan, kemudian campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, nanti akan jadi macam berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap. (kalau nak permukaaan doh cepat licin, setelah menjadi doh boleh masukkan dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit lepas tu baru simpan dalam peti ais)

Buat Inti Karipap :
1) Potong dadu kentang dan rendam dalam air.
2) Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan bawang putih hingga agak garing. Kemudian masukkan kuah dan isi sardin, hancurkan dan kacau sebati.
3) Kemudian masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk,  setelah kentang empuk baru masukkan hirisan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah bawang agak layu  dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1) Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bebola kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti kentang sardin tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh (i guna acuan je..xreti mengelim hehe)
2) Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
Untuk karipap yang ingin di sejukbekukan.
- Goreng karipap separuh masak ataupun hanya beberapa minit, untk matikan minyaknya dan sejukkan baru di masukkan di dalam plastic ziplock, simpan di dalam sejuk beku, apabila ingin digoreng, keluarkan karipap beberapa minit pada suhu bilik dan goreng seperti biasa.

Thursday, April 17, 2014

Ayam Paprik

Hi ualls

Nak ngadu ni... I dapat cuti sakit 2 hari (semalam & hari ni) sebabnya..sakit urat! Huhu dah macam orang tua je sakitnya..mungkin tersilap tidur kot..memula tu urat belikat je yang sakit,menjelang petang dah merebak sampai ke dada..sakitnya Allah ye yang tau. Nak gerak sikit pun dah sakit. Hari ni dah makan ubat Alhamdulillah lega la sikit sakitnya..but still sakit lagi la kan..
Dalam sakit2 ni boleh lagi la masak..ye la..larat ke asik makan kat luar je. So tekak dan perut teringin nak makan ayam paprik thai.. Ke dapur lah kita...

Bahan-bahannya:
1) 4 ketul ayam - dihiris kecil
2) 2 ulas bawang putih - dicincang halus
3) 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
4) 1 biji cili merah - dihiris serong
5) 11 biji cili api - dipecah-pecahkan (ikut citarasa kepedasan masing2)
6) 2 helai daun limau purut - disiat-siat
7) bunga kobis - dihiris kecil
8) 2 biji putik jagung - dihiris serong
9) 1/2 biji karot - dihiris serong
10) 2 biji kacang panjang - dipotong 11) 1 inci2 sudu makan cili kering kisar
12) 2 sudu makan sos cili
13) 2 sudu makan sos tomato
14) 1 sudu makan sos tiram
15) garam secukup rasa
16) 1 cawan air

Cara-caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2) Tumis bawang putih hingga wangi.
3) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
5) Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam tu masak.
6) kemudian masukkan air. Masak hingga mendidih.Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
7) Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk.
Dah masak tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat menjamu selera!!

Thursday, March 6, 2014

Pujuk Hati

Assalamualaikum.

Pejam celik dah masuk bulan mac kan..dah nak masuk pertengahan pun. Emmm cepatnya masa berlalu. Umur pun makin bertambah..kalau ikutkan banyak impian i & mr.H yang tak capai lagi..insyaAllah will do the best untuk mencapai apa yang diimpikan. Akan terus berdoa dan berusaha. Yakin padaNya.. InsyaAllah akan membuahkan hasil.


Tapi kadang-kadang hati ni terusik jugak, hati i ni kecil sangat..cepat sangat tersentuh, cepat sangat merajuk..bila dah merajuk ni yang susah sikit nak pujuk.. Alahai hati... Bila hati ni dah merajuk kita kena lah pujukkan? Yelah,Hati ni kan tempat bersarang antara malaikat dan syaitan.Kalau ia dibiarkan tanpa zikrullah atau amal soleh yang lain akan membuka peluang kepada syaitan untuk masuk. Bila syaitan berkuasa atau bermaharaja lela, maka hati akan binasa dan lalai. Ini akan memudaratkan pemilik hati ini.Nau'zubillah...

Ok!! Tarik nafas.....hembussss... Jom kita sama-sama pujuk hati masing-masing.

1) Bahasa yang paling manis boleh digunakan adalah zikrullah. Banyak mengucapkan kalimah zikir kepada Allah swt baik waktu pagi, petang dan malam.
2) Bangunkan hati untuk bertahajjud pada setiap malam.
3) Perdengarkan hati dengan bacaan al-quran.
4) Bawa hati ke tempat-tempat orang mengajar ilmu agama

Inilah antara cara-cara memujuk hati..Ok... I'm fine now :)


Saturday, February 15, 2014

Swivel Sweeper part 2

Haloooo ualls...

Penyapu i dah sampai!! Hahaha seronok tak terhingga.. Sebenarnya sampainya dah lama...hari khamis ritu lagi, tp harini baru berkesempatan nak update blog.
Okeh..nak cite pasal penyapu (swivel sweeper) ni...masa sampai tu ai kat opis (mmg buat shipment add kat opis) punya la ai xmenyabau..terus bukak dan2 tu jugak haha tp pasangnya idak le time opis hour tu..(kalau pasang time tu mau ada dinding meja bercakap hehe). So dipendekkan cite, bila sampai je rumah terus i bukak kotak & pasang benda ni ikut aturannya...dan tak menyempat terus pakai. Memang best la penyapu ni, bawah kerusi, cabinet tv sume blh disedut..kepala dia fleksibel..tak payah nak tertunduk-tunduk,terbongkok-bongkok menyapu... Pendek cite mmg best lah hehe
Ai bagi 4/5 bintang. Yang 1 bintang kurang tu sebab benda ni guna bateri..so haruslah di'charge' bateri tu kan? Dan bila dah charge, haruslah bil letrik naikkan.. Dan bila dah naik, haruslah en.suami bising... Wakakaka lantak la...bising pun bising lah..janji ai senang!! (huhu ampun ye en.suami)

Roti Daging Cheese

Selamat berhujung minggu!!

Bila tiba je hari minggu, tiba la hari masak memasak..macam2 yang en.suami request. Memula dia suh masak shepherds pie, ai jenguk kat dapur..ubi kentang pulak tak ada. Lepas sesi perbincangan & pujuk memujuk kata putus pun dibuat..minum petanh hari ni kita makan roti daging cheese je.

Ai pun terus ke dapur dan menyenting lengan baju, bertungkus lumus menyiapkan minum petang kami.

Jom kita tgk resepi...

Bahan-bahan :

Inti:
1) 300gm daging ayam cincang (guna Ramly)
2) 2 biji bawang putih. ~ dicincang
3) 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
4) 2 sudu besar rempah kari
5) carrot ~ dipotong dadu (blh juga masukkan mix vege)
6) 1/4 cawan air
7) 1 biji cili merah ~ dihiris halus
8) sedikit garam
9) gula minyak daun saderi

Untukroti :
1) 8kpg roti
2) 2 biji telur
3) 200ml susu fresh
4) 4 kpg slice cheese
5) mozarella cheese

Cara:
Utk membuat inti
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
2) Goreng hingga bawang wangi dan masukkan rempah kari yg dah di bancuh dgn air.
3) Goreng sekejap dan masukkan daging cincang, carrot, cili merah, daun saderi.Masuk garam & gula.
4) Goreng hingga kering dan padamkan api.
5) Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.

Utk membuat Roti Daging Cheezy:
1) Sapu bekas dgn butter supaya tak melekat.
2) Pukul telur dgn susu fresh dlm mangkuk hingga sebati.
3)Celup roti ke dalam bancuhan susu&telur td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
4) Tuangkan inti daging tadi dan ratakan.
5) Susun slice cheese ke atasnya.
6) Celup roti ke dalam telur& susu tadi semula & susun cantik2.(kalau ada lebih susu&telur tadi tabur je atas roti tu, jangan membazir)
7) Kemudian tabur dgn mozarella cheese.
8) Bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.

Makan panas2 mmg best!

Thursday, January 30, 2014

Swivel Sweeper

Hello peeps..

Swivel sweeper oh swivel sweeper..Hati ni sebenarnya dah jatuh hati sangat2 pada benda yang bernama "swivel sweeper" ibarat jatuh cinta pandang pertama.. tergedik-gedik sangat nak membeli, tapi berkira-kira..berbelah bahagi nak beli ke tak, kat rumah baru je beli penyapu baru..takut nanti membazir pulak.. tp nak yang ni jugak sebab senang sikit..hati dah jadi gundah gulana (ohoooiii) boleh dikatakan tiap-tiap saat dan ketika nengok gambar & video benda ni.. sampai la satu tahap, bincang dengan mr.coyot..tanya dia, berbaloi tak kalau beli swivel sweeper ni.. dah tu dia pun tanya la.."apa bendanya yg u nak beli ni?" i pun apa lagi.. terang la kat dia apa fungsi, kelebihan benda yang i nak beli tu.. so dia pun bagi green light.. i pun apa lagi, bila dah dapat green light hati pun terus berbunga2 riang..dah tak ada perasaan berbelah bahagi. terus i bukak computer & perasaan teruja nak shopping online tu terus kembang mekar.

Okeh. sekarang ni ada 2 tempat yang tengah buat deal/offer untuk benda ni.. 1 kat  mydeal  and satu lagi kat krazeebuy

Harga sama RM58.00 setelah diskaun. Masalahnye sekarang, kat mydeal ni i ada jugak la sesekali beli tapi kat krazeebuy ni baru 1st time nak mencuba.. kalau ikutkan hati nak beli kat mydeal.. tp bila i tegok n baca dia punya highlights & conditions mcm tak best pulak tang delivery tu..Delivery period: 15th March 2014 until 30th March 2014 sebab lambat sangat.. almost 1 1/2 month baru nak dapat benda ni.. i ni dah la tak menyabar nak guna benda ni.. so, i tengok la kat krazeebuy.. emmmmmm Delivery will start within 14 working days from date of purchase. macam menarik, tertarik.. i pun terus buat keputusan beli kat krazeebuy ni (tak sabar punya pasal) 

Jadi.. tunggu lah 14 hari bekerja dari tarikh hari ni.. hehehe tak sabar!! tak sabar!! tak sabar!!
Untuk sapa2 yang tak tau swivel sweeper ni apa.. tengok video kat bawah ni ye.. 

 

Tak sabar nak tunggu lagi... nanti kalau dah dapat i update ualls okeh
Adios!!