Saturday, April 19, 2014

Karipap sardin

Salam ualls!!!
Lama dah terbiar blog ni.. Busy sikit sejak dua menjak ni (alasan..sebenarnya MALAS nak.update hehe)
Sebebarnya dah lama my hubby request nak makan karipap sardin (macam dia yang pregnent) hehe so baru la berkesempatan nak buat di hujung minggu ni. Apa lagi...lipat lengan baju siap untuk menguli lah.

Untuk Pastri :
1) 400gram tepung gandum
2) 1/3 cawan minyak
3) 3 sudu besar marjerin
4) 1/2 cawan air sejuk ( kalau tak cukup letak lagi )
5) 3 sudu besar tepung beras
6) 2 sudu besar tepung kanji kentang ( yang ni kalau takde pun takpe)
7) garam secukup rasa

Untuk Inti Keledek :
1) 5 biji kentang
2) 1 tin sardin saiz kecil
3) 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
4) 3 sudu besar cili kisar
5) 1 ulas bawang putih ( dicincang halus )
6) garam & gula secukup rasa

Cara-caranya :
Kita buat Doh Pastri dulu ye
1. Di dalam bekas adunan, gaulkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kanji kentang, ketepikan, kemudian campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, nanti akan jadi macam berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap. (kalau nak permukaaan doh cepat licin, setelah menjadi doh boleh masukkan dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit lepas tu baru simpan dalam peti ais)

Buat Inti Karipap :
1) Potong dadu kentang dan rendam dalam air.
2) Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan bawang putih hingga agak garing. Kemudian masukkan kuah dan isi sardin, hancurkan dan kacau sebati.
3) Kemudian masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk,  setelah kentang empuk baru masukkan hirisan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah bawang agak layu  dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1) Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bebola kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti kentang sardin tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh (i guna acuan je..xreti mengelim hehe)
2) Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
Untuk karipap yang ingin di sejukbekukan.
- Goreng karipap separuh masak ataupun hanya beberapa minit, untk matikan minyaknya dan sejukkan baru di masukkan di dalam plastic ziplock, simpan di dalam sejuk beku, apabila ingin digoreng, keluarkan karipap beberapa minit pada suhu bilik dan goreng seperti biasa.

No comments:

Post a Comment