Friday, December 27, 2013

Resepi Apam Polkadot

Haloooo....

Masih dalam mood holiday..hujung tahun namanya, mesti la nak cuti-cuti dan merehatkan minda..disamping dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri..cheewahhh!! Masa cuti ni lah kita jadi masterchef di dapur rumah sendiri :-) dari malam semalam dah dok pikir nak masak apa untuk minum petang sok..tetiba pagi tadi dapat ilham, terus menyala mentol kat kepala...ting!!! Nak wat apam polkadot lah...soooooo....apa lagi...bermulalah projek dot dot dot :-)

 apam polkadot yang comot tp comel hehe

BAHAN-BAHANNYA :

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla pewarna
filling blueberry/ strawberry/ coklat/ kaya or apa-apa ikut citarasa yang disukai

CARA-CARANYA :

1)Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2)Then, masukkan susu, tepung + baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimum.
3)Gaul dan Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4)Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5)Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). Jgn sampai penuh ok.. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
6)Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. Buat dot dot pakai warne yg berbeza.
7)Bila dah siap isi semua mangkuk kertas and also done for dot dot dot....baru lah kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba!!

Thursday, December 26, 2013

Resepi Rasberry Cheese Cake

Salam Semua...
Ni first time buat cake ni... dan alhamdulillah menjadi :) resepi ni diambil dari blog intanberlian87
harus berterima kasih pada doktor gigi ni hehe.. mmg sedap sangat2 delicious!!! this is my favourite cheese cake!! 

BAHAN-BAHANNYA:

Base:
biskut coklat @ oreo ( ai buat 1 bungkus oreo tu tp agak-agak sendiri la nak tebal mana)
sedikit butter ( agak-agak ikut banyak mana biskut )

Filling:
3 biji telur
400 gm cream cheese
250 gm sour cream (kalau tak ada leh gantikan dengan plain yogurt)
1/2 cawan gula
4 sudu besar tepung jagung
60 gm butter
sebiji lime (perah supaya ada rasa masam kalau pakai plain yogurt la)
1 sudu teh esen vanilla
rasberry jem ( atau apa-apa ikut kesukaan)

CARA-CARANYA:

BASE:
1) biskut coklat @ oreo tadi dibuangkan krimnya, kemudian blendkan biskut tu sampai hancur.
2) panaskan kuali, cairkan butter kemudian masukkan biskut hancur tadi ke dalam kuali dan gaul sampai sebati.
3) sapukan springform loyang dengan minyak@butter. 
4) letakkan biskut yang telah digaul dengan butter ke dalam bekas tadi dan tekan supaya mampat dan sekata.
5) sejukkan ke dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau bakar ke dalam oven (sekejap je ye).. Ini untuk bagi base tu sedikit keras.

FILLING
1) mix @ pukul cream cheese sampai kembang
2) tambah gula + butter dan mix lagi guna mixer
3) tambah esen vanilla + sour cream @ yogurt dan mix lagi sampai sebati.
4) masukkan telur satu persatu (tunggu sampai 1 telur sebati kemudian masukkan telur yang seterusnya) mix sampai betul-betul creamy
 5) masukkan 4 sudu tepung jagung dan mix lagi sampai sebati.
6) masukkan perahan lime tadi sedikit demi sedikit sambil rasa, janganlah sampai masam sudaa..mix.
7) masukkan ke dalam springform loyang yang dah diletakkan base tadi.. 
8) boleh bakar gunakan cara Waterbath. waterbath ini supaya bagi moisture pada kek so kek tak akan kering dan crack. Tp ai buat macam ni je.. dalam oven kan ada 2 tray? so tray yang bawah letak 1 bowl air, yang atas letak cheese kek. sama je konsepnya.
8) Lepas tu bakar dalam oven selama 45-50 minit pada suhu 170-180 degree celcius. setengah jam pertama jangan buka oven sebab cheese cak will fall.
9) dah bakar, sejukkan pada suhu bilik selama 1 jam.
10) balut bekas tadi guna plastik nipis, then baru sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam, lagi bagus kalau semalaman. 
11) akhir sekali, keluarkan dengan hati-hati dari bekas dan letakkan rasberry jem.

Selamat mencuba ya!! 

 jemput makan.. :p

Tuesday, December 24, 2013

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz
"BISMILLAH IR-RAHMAAN IR-RAHIIM"
yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."