Friday, December 27, 2013

Resepi Apam Polkadot

Haloooo....

Masih dalam mood holiday..hujung tahun namanya, mesti la nak cuti-cuti dan merehatkan minda..disamping dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri..cheewahhh!! Masa cuti ni lah kita jadi masterchef di dapur rumah sendiri :-) dari malam semalam dah dok pikir nak masak apa untuk minum petang sok..tetiba pagi tadi dapat ilham, terus menyala mentol kat kepala...ting!!! Nak wat apam polkadot lah...soooooo....apa lagi...bermulalah projek dot dot dot :-)

 apam polkadot yang comot tp comel hehe

BAHAN-BAHANNYA :

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla pewarna
filling blueberry/ strawberry/ coklat/ kaya or apa-apa ikut citarasa yang disukai

CARA-CARANYA :

1)Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2)Then, masukkan susu, tepung + baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimum.
3)Gaul dan Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4)Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5)Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). Jgn sampai penuh ok.. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
6)Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. Buat dot dot pakai warne yg berbeza.
7)Bila dah siap isi semua mangkuk kertas and also done for dot dot dot....baru lah kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment