Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Cheewah... baiknya ai arini.. ala2 solehah gitu hehe ok lah, oleh disebabkan keterujaan untuk duduk kat rumah baru.. i google-google lah adab-adab atau petua-petua untuk masuk rumah baru ni.. ye la, teruja..teruja jugak, bab2 Islamic ni kena la amik kira gak kan, mana boleh main redah je..
Tengah asik menggoogle ada la jumpa banyak info pasal adab2 masuk rumah baru ni.. antaranya adalah.........
Doa memasuki rumah
Dari Abu Malik Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu
berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Jika
seseorang memasuki rumahnya, hendaklah ia membaca doa:
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ، وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ، بِسْمِ
اللَّهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا
تَوَكَّلْنَا
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan jalan masuk dan kebaikan
jalan keluar. Dengan nama Allah kita memasuki (rumah) dan dengan nama
Allah pula kita keluar (rumah), dan kepada Allah Rabb semata kita
berserah diri.”
Beliau bersabda, “Kemudian hendaklah ia mengucapkan salam kepada anggota keluarganya.” (HR. Abu Daud no. 5096)
Doa keluar dari rumah
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Jika seseorang keluar dari
rumahnya lalu ia membaca doa:
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tiada perubahan
(dari satu keadaan kepada keadaan lain) dan kekuatan kecuali dengan
(izin) Allah.”
Maka saat itu dikatakan kepadanya (oleh Allah atau
malaikat): “Engkau telah diberi petunjuk, engkau telah dicukupi dan
engkau telah dijaga.”

Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru adalah seperti berikut:
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika
tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik
bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh
sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa
sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan
(tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg
dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak
berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk
tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah
Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam
sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita
memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan
yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu
dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat
Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas -
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama
anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak
satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali,
ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam
atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah
atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut
akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan
yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikuti panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul
(Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut
perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air
tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang
terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah
berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).
p/s : semoga info ni berguna dan dapat dipraktikkan masa nak masuk rumah baru nanti..
No comments:
Post a Comment