Sunday, January 12, 2014

Kek Coklat Kismis

Selamat berhujung minggu ualls.. Hari ni ai wat kek coklat kismis.. Sebenarnya tujuan utama nak sangat2 buat kek ni sebab kismis yang i beli online kat kurmaMehr.com ni byk sangat2..dah makan hari2, dah tinggal kat kampung 1/2 tp still byk lg kat rumah. Jadi....jalan penyelesaiannya..buat kek lah. Serbuk koko pun byk lg...jd lah kek kismis coklat atau boleh diberi nama kek yang tak perlu keluar modal, sebab bahan2 semua dah ada kat rumah..hehe

 ni lah kismis yang beli kat KurmaMehr.com tu.. still ada lagi walaupun dah buat kek

Bahan-bahannya (10 org makan)

1) 200g mentega
2) 350g gula pasir, dikisar hingga halus
3) 250g tepung gandum
4) 1 1/2 sudu teh baking powder
5) 1/2 sudu teh baking soda
6) 60g serbuk koko
7) 1 sudu teh esen vanila
8) 4 biji telur gred A, dipukul sedikit
9) 180ml susu sejat
10) 1/2 cawan cip coklat
11) 1/2 cawan kismis, direndam dalam 1/3 cawan air panas dan 2 sudu besar pati oren, biarkan hingga kembang. Tapis airnya dan gaul dengan sedikit tepung hingga berasingan setiap biji kismisnya.

Cara-caranya: 

1) Putar mentega dan gula hingga gebu berkrim.
2) Masukkan telur yang telah dipukul tadi, gaul sebati baru masukkan susu sejat, mix.
3) Masukkan esen vanila dan mix lagi.
4) Ayak tepung, baking powder, baking soda.
5) Ayak koko berasingan baru masukkan ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.
6) Kaup balikkan adunan kering ke dalam adunan basah hingga sebati.
7) Masukkan kismis, pastikan tiada ketulan tepung termasuk sama.
8) Gaul sedikit hingga cukup sebatinya sahaja, jangan terlebih gaul.
9) Masukkan ke dalam acuan bulat lapan inci dan bakar selama sejam dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.
10) Tabur cip coklat di atas permukaan kek dan masukkan ke dalam oven di bahagian atasnya, naikkan suhu ke 200C dan bakar hingga permukaan kek kering. Biarkan kek dalam oven selama sejam, baru keluarkan dan biarkan kek sejuk dalam acuan. Potong dan hidang.Tips: Kek ini lebih sedap dimakan sehari selepas dibakar.
 
Dah siap!!!!
Jemput makan semua... :)

No comments:

Post a Comment