Saturday, April 19, 2014
Karipap sardin
Lama dah terbiar blog ni.. Busy sikit sejak dua menjak ni (alasan..sebenarnya MALAS nak.update hehe)
Sebebarnya dah lama my hubby request nak makan karipap sardin (macam dia yang pregnent) hehe so baru la berkesempatan nak buat di hujung minggu ni. Apa lagi...lipat lengan baju siap untuk menguli lah.
Untuk Pastri :
1) 400gram tepung gandum
2) 1/3 cawan minyak
3) 3 sudu besar marjerin
4) 1/2 cawan air sejuk ( kalau tak cukup letak lagi )
5) 3 sudu besar tepung beras
6) 2 sudu besar tepung kanji kentang ( yang ni kalau takde pun takpe)
7) garam secukup rasa
Untuk Inti Keledek :
1) 5 biji kentang
2) 1 tin sardin saiz kecil
3) 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
4) 3 sudu besar cili kisar
5) 1 ulas bawang putih ( dicincang halus )
6) garam & gula secukup rasa
Cara-caranya :
Kita buat Doh Pastri dulu ye
1. Di dalam bekas adunan, gaulkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kanji kentang, ketepikan, kemudian campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, nanti akan jadi macam berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap. (kalau nak permukaaan doh cepat licin, setelah menjadi doh boleh masukkan dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit lepas tu baru simpan dalam peti ais)
Buat Inti Karipap :
1) Potong dadu kentang dan rendam dalam air.
2) Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan bawang putih hingga agak garing. Kemudian masukkan kuah dan isi sardin, hancurkan dan kacau sebati.
3) Kemudian masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, setelah kentang empuk baru masukkan hirisan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah bawang agak layu dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1) Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bebola kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti kentang sardin tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh (i guna acuan je..xreti mengelim hehe)
2) Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
Untuk karipap yang ingin di sejukbekukan.
- Goreng karipap separuh masak ataupun hanya beberapa minit, untk matikan minyaknya dan sejukkan baru di masukkan di dalam plastic ziplock, simpan di dalam sejuk beku, apabila ingin digoreng, keluarkan karipap beberapa minit pada suhu bilik dan goreng seperti biasa.
Thursday, April 17, 2014
Ayam Paprik
Nak ngadu ni... I dapat cuti sakit 2 hari (semalam & hari ni) sebabnya..sakit urat! Huhu dah macam orang tua je sakitnya..mungkin tersilap tidur kot..memula tu urat belikat je yang sakit,menjelang petang dah merebak sampai ke dada..sakitnya Allah ye yang tau. Nak gerak sikit pun dah sakit. Hari ni dah makan ubat Alhamdulillah lega la sikit sakitnya..but still sakit lagi la kan..
Dalam sakit2 ni boleh lagi la masak..ye la..larat ke asik makan kat luar je. So tekak dan perut teringin nak makan ayam paprik thai.. Ke dapur lah kita...
Bahan-bahannya:
1) 4 ketul ayam - dihiris kecil
2) 2 ulas bawang putih - dicincang halus
3) 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
4) 1 biji cili merah - dihiris serong
5) 11 biji cili api - dipecah-pecahkan (ikut citarasa kepedasan masing2)
6) 2 helai daun limau purut - disiat-siat
7) bunga kobis - dihiris kecil
8) 2 biji putik jagung - dihiris serong
9) 1/2 biji karot - dihiris serong
10) 2 biji kacang panjang - dipotong 11) 1 inci2 sudu makan cili kering kisar
12) 2 sudu makan sos cili
13) 2 sudu makan sos tomato
14) 1 sudu makan sos tiram
15) garam secukup rasa
16) 1 cawan air
Cara-caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2) Tumis bawang putih hingga wangi.
3) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
5) Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam tu masak.
6) kemudian masukkan air. Masak hingga mendidih.Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
7) Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk.
Dah masak tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat menjamu selera!!
Thursday, March 6, 2014
Pujuk Hati
Pejam celik dah masuk bulan mac kan..dah nak masuk pertengahan pun. Emmm cepatnya masa berlalu. Umur pun makin bertambah..kalau ikutkan banyak impian i & mr.H yang tak capai lagi..insyaAllah will do the best untuk mencapai apa yang diimpikan. Akan terus berdoa dan berusaha. Yakin padaNya.. InsyaAllah akan membuahkan hasil.
Tapi kadang-kadang hati ni terusik jugak, hati i ni kecil sangat..cepat sangat tersentuh, cepat sangat merajuk..bila dah merajuk ni yang susah sikit nak pujuk.. Alahai hati... Bila hati ni dah merajuk kita kena lah pujukkan? Yelah,Hati ni kan tempat bersarang antara malaikat dan syaitan.Kalau ia dibiarkan tanpa zikrullah atau amal soleh yang lain akan membuka peluang kepada syaitan untuk masuk. Bila syaitan berkuasa atau bermaharaja lela, maka hati akan binasa dan lalai. Ini akan memudaratkan pemilik hati ini.Nau'zubillah...
Ok!! Tarik nafas.....hembussss... Jom kita sama-sama pujuk hati masing-masing.
1) Bahasa yang paling manis boleh digunakan adalah zikrullah. Banyak mengucapkan kalimah zikir kepada Allah swt baik waktu pagi, petang dan malam.
2) Bangunkan hati untuk bertahajjud pada setiap malam.
3) Perdengarkan hati dengan bacaan al-quran.
4) Bawa hati ke tempat-tempat orang mengajar ilmu agama
Inilah antara cara-cara memujuk hati..Ok... I'm fine now :)
Saturday, February 15, 2014
Swivel Sweeper part 2
Penyapu i dah sampai!! Hahaha seronok tak terhingga.. Sebenarnya sampainya dah lama...hari khamis ritu lagi, tp harini baru berkesempatan nak update blog.
Okeh..nak cite pasal penyapu (swivel sweeper) ni...masa sampai tu ai kat opis (mmg buat shipment add kat opis) punya la ai xmenyabau..terus bukak dan2 tu jugak haha tp pasangnya idak le time opis hour tu..(kalau pasang time tu mau ada dinding meja bercakap hehe). So dipendekkan cite, bila sampai je rumah terus i bukak kotak & pasang benda ni ikut aturannya...dan tak menyempat terus pakai. Memang best la penyapu ni, bawah kerusi, cabinet tv sume blh disedut..kepala dia fleksibel..tak payah nak tertunduk-tunduk,terbongkok-bongkok menyapu... Pendek cite mmg best lah hehe
Ai bagi 4/5 bintang. Yang 1 bintang kurang tu sebab benda ni guna bateri..so haruslah di'charge' bateri tu kan? Dan bila dah charge, haruslah bil letrik naikkan.. Dan bila dah naik, haruslah en.suami bising... Wakakaka lantak la...bising pun bising lah..janji ai senang!! (huhu ampun ye en.suami)
Roti Daging Cheese
Selamat berhujung minggu!!
Bila tiba je hari minggu, tiba la hari masak memasak..macam2 yang en.suami request. Memula dia suh masak shepherds pie, ai jenguk kat dapur..ubi kentang pulak tak ada. Lepas sesi perbincangan & pujuk memujuk kata putus pun dibuat..minum petanh hari ni kita makan roti daging cheese je.
Ai pun terus ke dapur dan menyenting lengan baju, bertungkus lumus menyiapkan minum petang kami.
Jom kita tgk resepi...
Bahan-bahan :
Inti:
1) 300gm daging ayam cincang (guna Ramly)
2) 2 biji bawang putih. ~ dicincang
3) 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
4) 2 sudu besar rempah kari
5) carrot ~ dipotong dadu (blh juga masukkan mix vege)
6) 1/4 cawan air
7) 1 biji cili merah ~ dihiris halus
8) sedikit garam
9) gula minyak daun saderi
Untukroti :
1) 8kpg roti
2) 2 biji telur
3) 200ml susu fresh
4) 4 kpg slice cheese
5) mozarella cheese
Cara:
Utk membuat inti
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
2) Goreng hingga bawang wangi dan masukkan rempah kari yg dah di bancuh dgn air.
3) Goreng sekejap dan masukkan daging cincang, carrot, cili merah, daun saderi.Masuk garam & gula.
4) Goreng hingga kering dan padamkan api.
5) Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.
Utk membuat Roti Daging Cheezy:
1) Sapu bekas dgn butter supaya tak melekat.
2) Pukul telur dgn susu fresh dlm mangkuk hingga sebati.
3)Celup roti ke dalam bancuhan susu&telur td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
4) Tuangkan inti daging tadi dan ratakan.
5) Susun slice cheese ke atasnya.
6) Celup roti ke dalam telur& susu tadi semula & susun cantik2.(kalau ada lebih susu&telur tadi tabur je atas roti tu, jangan membazir)
7) Kemudian tabur dgn mozarella cheese.
8) Bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Makan panas2 mmg best!
Wednesday, February 5, 2014
Thursday, January 30, 2014
Swivel Sweeper
Tak sabar nak tunggu lagi... nanti kalau dah dapat i update ualls okeh
Adios!!
Wednesday, January 29, 2014
Edisi : Kitchen Cabinet
![]() |
cantiknye... |
![]() |
ni pun cantik.. |
![]() |
ini pun lawa gak.. |
![]() |
fuhhhhh meleleh air liur.. |
![]() |
opsss!!! tetiba lak terselit merah..hehe |
![]() | ||
Tuesday, January 21, 2014
Panduan/Adab-Adab Masuk Rumah Baru (Cara Islam)
Cheewah... baiknya ai arini.. ala2 solehah gitu hehe ok lah, oleh disebabkan keterujaan untuk duduk kat rumah baru.. i google-google lah adab-adab atau petua-petua untuk masuk rumah baru ni.. ye la, teruja..teruja jugak, bab2 Islamic ni kena la amik kira gak kan, mana boleh main redah je..
Tengah asik menggoogle ada la jumpa banyak info pasal adab2 masuk rumah baru ni.. antaranya adalah.........
Beliau bersabda, “Kemudian hendaklah ia mengucapkan salam kepada anggota keluarganya.” (HR. Abu Daud no. 5096)
Maka saat itu dikatakan kepadanya (oleh Allah atau malaikat): “Engkau telah diberi petunjuk, engkau telah dicukupi dan engkau telah dijaga.”
Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru adalah seperti berikut:
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
Ikuti panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).
p/s : semoga info ni berguna dan dapat dipraktikkan masa nak masuk rumah baru nanti..
Sunday, January 19, 2014
Puding Roti Bakar & Sos Kastad
Hari ni cadang nak balik kampung ziarah opah. Macam tak best pulak balik tangan kosong. Seperti kebiasan ai terpikir2 apa nak bawak buah tangan untuk opah. Jenguk kat dapur ada roti gardenia, ada kismis lebih buat kek hari tu, ada susu...emmm ok, nak buat puding roti lah...
Bermulalah pemakaian apron untuk buat puding yang simple ni..
![]() |
Atas ni i saja taruk cornflakes & chocolate chips untuk memeriahkan suasana.. sedap gak |
BAHAN-BAHAN:
1) 7-8 keping roti
2) * 500 ml susu segar @ 2 cawan
3) * 4 sudu besar gula halus
4) * 2 biji telur
5) * 1 sudu teh esen vanilla
6) * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
7) 2 sudu besar mentega (cairkan)
8) 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard:
1) 1 tin susu cair
2) 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
3) 2 sudu besar tepung kastad2 sudu besar gula
CARA-CARA:
1) Sediakan mangkuk.
2) Satukan bahan-bahan yang bertanda ( * ).
3) Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
4) Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati.
5) Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.
6) Taburkan baki kismis diatas adunan.
7) Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad :
1) Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing)
2) Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
![]() |
Sos Kastard.. |
![]() |
Jemput makan semua.. |
Wednesday, January 15, 2014
Tips Masuk Rumah Baru
![]() |
Santekkan rumah ni... emmmm berangan jap |
- Masking tape - Tape yang kaler putih/cream tu. Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
- Marker Pen - Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
- Kertas A4 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
Sunday, January 12, 2014
Kek Coklat Kismis
![]() |
ni lah kismis yang beli kat KurmaMehr.com tu.. still ada lagi walaupun dah buat kek |
Bahan-bahannya (10 org makan)
1) 200g mentega
2) 350g gula pasir, dikisar hingga halus
3) 250g tepung gandum
4) 1 1/2 sudu teh baking powder
5) 1/2 sudu teh baking soda
6) 60g serbuk koko
7) 1 sudu teh esen vanila
8) 4 biji telur gred A, dipukul sedikit
9) 180ml susu sejat
10) 1/2 cawan cip coklat
11) 1/2 cawan kismis, direndam dalam 1/3 cawan air panas dan 2 sudu besar pati oren, biarkan hingga kembang. Tapis airnya dan gaul dengan sedikit tepung hingga berasingan setiap biji kismisnya.
Cara-caranya:
1) Putar mentega dan gula hingga gebu berkrim.
2) Masukkan telur yang telah dipukul tadi, gaul sebati baru masukkan susu sejat, mix.
3) Masukkan esen vanila dan mix lagi.
4) Ayak tepung, baking powder, baking soda.
5) Ayak koko berasingan baru masukkan ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.
6) Kaup balikkan adunan kering ke dalam adunan basah hingga sebati.
7) Masukkan kismis, pastikan tiada ketulan tepung termasuk sama.
8) Gaul sedikit hingga cukup sebatinya sahaja, jangan terlebih gaul.
9) Masukkan ke dalam acuan bulat lapan inci dan bakar selama sejam dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.
10) Tabur cip coklat di atas permukaan kek dan masukkan ke dalam oven di bahagian atasnya, naikkan suhu ke 200C dan bakar hingga permukaan kek kering. Biarkan kek dalam oven selama sejam, baru keluarkan dan biarkan kek sejuk dalam acuan. Potong dan hidang.Tips: Kek ini lebih sedap dimakan sehari selepas dibakar.
![]() |
Dah siap!!!! |
![]() |
Jemput makan semua... :) |
Wednesday, January 8, 2014
Monday, January 6, 2014
Juice Buah Naga
Kredit to wajahayu.blogspot.com
Khasiat Buah Naga
MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).Cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu (senduk - bahasa Indonesia).
Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.
Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.
Secara umumnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
“Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
“Selain dari itu buah ini boleh mencegah kanser usus, serta mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.
Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).
Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
Buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.
Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.
“Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.
“Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” katanya.
Menurutnya lagi, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.
“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,” katanya.
Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.
Sunday, January 5, 2014
Saturday, January 4, 2014
Resepi Kerang Bakar
Tak lambat lagi kan nak ucap Selamat tahun baru 2014.. Semoga tahun 2014 ni dipermudahkan segala urusan dan diberi rezeki yang melimpah ruah :-)
Ok, kali ni ai nak share dengan ualls apa yang ai masak masa cuti new year hari tu (hari ni baru berpeluang nak publish okeh).
1) 1kg kerang
2) 4-6 ulas bwg merah*
3) 2-3 ulas bwg putih*
4) sedikit halia*
5) 2 sudu ketumbar*
6) 2 sudu jintan manis*
7) 2 sudu jintan putih*
8) 2 batang serai*
CARA-CARANYA :
1) Semestinya kerang harus dibasuh sehingga bersih dan ditoskan seketika.
2) Kisarkan kesemua bahan-bahan yang ditanda *.
3) Masukkan kerang ke dalam ikan pemanggang ajaib kemudian masukkan bahan yg dikisar & tambah sedikit garam.
4) Tutup pemanggang & dibiarkan 7-10 minit ataupun senang cerita sampai masaklah.